Akaun uitmterengganusukan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.




Tempoh Pendaftaran:

18 hingga 31 Disember 2020

Pendafaran Awal (Early Bird

RM45 ; 18 -25 Disember 2020

Pendaftaran Biasa 

RM50 ; 25 – 31 Disember 2020


Tempoh Kayuhan 

19 Disember 2020 - 8 Januari 2021 


Tarikh Akhir Hantar Data Kayuhan

9 Januari 2021

Tarikh Penghantaran Kit Acara (Pos ):

Bermula 24 Januari 2021 

Tarikh Kutipan Sendiri ( self collect ) :

akan di maklum kemudian (email/whatapps)

PENGANJUR DAN PENGELOLA


Unit Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu.



JARAK KAYUHAN : 30 KM


KATEGORI PERTANDINGAN & HAD PENYERTAAN
 . Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas; lelaki & wanita)

. Terhad kepada 500 peserta sahaja.


YURAN PENYERTAAN


      Early Bird - RM 45 / seorang sahaja

       

       Normal – RM 50 / seorang sahaja



PESERTA AKAN MENERIMA:


Baju T (Full Sublimition)

           


Nota** Sekiranya saiz baju anda melebihi 3XL bayaran tambahan seperti berikut

4XL - 5XL = RM5

6XL - 7XL =RM10

8XL - 9XL = RM15

Tambahan Lengan panjang = RM4

Sekiranya anda tidak membuat bayaran tambahan

anda hanya akan menerima baju saiz 3XL.

 

'FINISHER' Medal




E-Sijil



Cenderahati (event woven bag)

 

SYARAT / CARA PENYERTAAN

 

1.1           Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas.

1.2           Sihat tubuh badan.

1.3           Mempunyai peralatan yang sesuai (pakaian, basikal, topi keselamatan & alat merekod data kayuhan)

1.4           Terbuka kepada semua jantina.

1.5           Terbuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja.

1.6           Boleh di lakukan secara individu ataupun berkumpulan dengan syarat mematuhi segala SOP pencegahan wabak COVID19.

1.7           Melengkapkan jarak kayuhan sejauh 30 kilometer dalam 1 kayuhan sahaja (1 data sahaja)

1.8           Kayuhan mestilah di buat dalam tempoh acara ini berjalan sahaja (19 Disember 2020 hingga 9 Januari 2021).

1.9           Data kayuhan mestilah menunjukan: Tarikh, Jarak (dalam kilometer) & Jangkamasa.

1.10        Lokasi kayuhan mestilah di luar (outdoor) sahaja.

1.11        Semua jenis basikal / laluan adalah di benarkan (onroad / offroad).

1.12        Peserta wajib menghantar gambar swafoto bersama basikal (preride selfie) sebelum melakukan kayuhan (di hantar bersama data kayuhan dalam borang Google Form Penghantaran Data Kayuhan)

1.13        Data / aplikasi yang boleh di gunakan : Strava & Garmin sahaja.

1.14        Peserta perlu ‘screen shot’ data dan hantar gambar berkenaan bersama borang pendaftaran.

1.15        Bayaran yuran juga mesti di buat semasa proses pendaftaran. Bayaran adalah secara atas talian (online) melalui sistem onzpay.

1.16        Peserta layak menerima: baju acara, medal, e sijil & cenderhati.

1.17        Pengeposan / kutipan kit acara hanya akan di buat 14 hari selepas tamat acara.





PERATURAN UMUM ACARA 

 

1.1           Dengan menghantar dan membayar yuran penyertaan, peserta adalah di anggap telah membaca dan memahami segala syarat dan peraturan pertandingan yang di anjurkan.

 

1.2           Penganjur adalah berhak untuk menggunakan data peribadi peserta untuk sebarang tujuan berkaitan acara dari aspek promosi, publisiti dan keselamatan.

 

1.3           Peserta perlu mengisi maklumat peribadi dengan betul dan tepat. Penganjur adalah berhak untuk menghubungi peserta dari semasa ke semasa menggunakan email / panggilan telefon / sms / whatapps atau lain -lain kaedah bagi tujuan menyampaikan maklumat.

 

1.4           Penganjur berhak meminda mana-mana peraturan / sebarang tarikh pertandingan yang di fikirkan perlu dan sesuai tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan di maklumkan kepada peserta melalui medium yang sesuai. Penganjur tidak boleh di pertanggungjawabkan ke atas sebarang kerugian yang di tanggung peserta di sebabkan pindaan-pindaan yang berlaku.

 

1.5           Penganjur telah mengambil langkah-langkah perlu dan wajib dalam penganjuran acara ini. Penganjur adalah tidak boleh di pertanggungjawabkan ke atas sebarang kecederaan, kerugian mahupun kematian yang berlaku ke atas diri peserta atau pun harta benda peserta.

 

1.6           Peserta mestilah mematuhi segala peraturan asas dalam aktiviti berbasikal sebagaimana berikut:

 

1.6.1      Mematuhi peraturan jalan raya (berkayuh di laluan yang di benarkan sahaja)

1.6.2      Basikal mestilah dalam keadaan baik dan selamat di gunakan.

1.6.3      Memakai topi keselamatan yang sesuai (cycling helmet)

1.6.4      Menghormati pengguna jalan raya yang lain.

1.6.5      Tidak menggunakan sebarang peralatan tangan yang lain (telefon bimbit / walkie talkie) semasa berkayuh.

 

1.7           Peserta di galakan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara ini. Pastikan dalam keadaan sihat dan cergas untuk menyertai acara ini.

 

1.8           Peserta di galakan mempunyai insurans peribadi. Penganjur tidak menyediakan sebarang insurans.



PENGEPOSAN & KUTIPAN KIT ACARA


Akan bermula 14 hari selepas tamat acara (tarikh akhir 9 Januari 2020)


.Kutipan Sendiri:  boleh di buat di Unit Sukan UiTMCT (tarikh akan di maklum kemuidan)


. Pengeposan akan di buat mengikut alamat yang di berikan semasa pendaftaran dan akan di kenakan caj tambahan. 



CARA PENGHANTARAN DATA KAYUHAN

 

1.Screen Shot  data (GPS) kayuhan dari aplikasi yang anda gunakan (Strava & Garmin ).

2.Imbas  QR Code  / tekan  link google form  yang di sediakan.

3.Lengkapkan semua maklumat yang di perlukan dalam borang berkenaan.

4.Muat naik gambar screen shot  data dari aplikasi / alat yang di gunakan.

5.Data mesti mengandungi : Tarikh, jarak (dalam kilometer), durasi.

6.Muat naik gambar swafoto kayuhan.

7.Hantar.

 

Contoh Data Yang Perlu Di hantar

Strava

  


Garmin



                                                                                                                                                                                                       




   

QR Code & Link Google Form  

Penghantaran Data Kayuhan

 

 

https://bit.ly/hantardatatwarrior



URUSETIA 


Unit Sukan UiTM Cawangan Terengganu

Kampus Dungun

Sura Hujung,

23000 Dungun,

Terengganu, Malaysia

 

Telefon : 03 8400332 (pejabat)

 

            (‘whatapps’ sahaja)

Adi                  :           012 9338922

Amir (JSP)     :           011 37399683

Ros      :                   0197799035